Proview
SHOPPING CART (EMPTY)

Jurisprudens dan Teori Undang-undang Dalam Konteks Malaysia, Edisi Kedua

 

Overview   |   Authors   |   Table of Contents
Jurisprudens dan Teori Undang-undang Dalam Konteks Malaysia, Edisi Kedua
Oct 2021
Paperback
OPTIONS TO BUY


Print
RM90.00
9789672919964


Proview eBook
RM97.20
9789672919971

(All prices are valid in Malaysia and inclusive of SST where applicable, and subject to change without prior notice.)

CIRI-CIRI KHAS

  • Merangkumi perbincangan teori undang-undang semulajadi, teori imperative Bentham-Austin, positivisme Hart, teori penghakiman Dworkin, teori tulen Kelsen, persoalan moral, realisme, mazhab sejarah, sosiologi, feminisme, serta keadilan
  • Setiap bab mengupas falsafah dan teori tertentu untuk pemahaman komprehensif, dan menyelitkan perbincangan konteks Malaysia
  • Ditulis oleh seorang pakar undang-undang yang berpengalaman dalam bidang akademik dan juga di Badan Kehakiman
  • Menggunakan gaya bahasa yang jelas dan mudah difahami untuk rujukan para pelajar dan pengamal undang-undang serta masyarakat umum

PENAMBAHAN UTAMA DALAM EDISI KEDUA

  • Dua bab baru yang penting untuk meluaskan bidang kajian jurisprudens dan mencerminkan kepentingan bidang berkenaan kini di Malaysia dan juga sejagat, iaitu:
    • Bab 15: Teori-teori Mengenai Hak
    • Bab 16: Jurisprudens Islam
  • Membincangkan isu-isu dan kes-kes terkini yang berkaitan dengan dasar jurisprudens
  • Membincangkan jurisprudens dalam konsep pengasingan kuasa; bidang kuasa mahkamah; budi bicara kehakiman; penguatkuasaan moral; kepentingan adat; kedudukan wanita dan isu diskriminasi; serta hak dan keadilan

Buku ini menyediakan asas jurisprudens dan teori-teori undang-undang, serta hubungkaitan dan kepentingan teori-teori tersebut dalam sistem undang-undang, terutamanya dalam konteks undang-undang Malaysia pada masa kini.

Perbincangan-perbincangan dalam buku ini termasuklah teori undang-undang semulajadi, teori imperatif Bentham dan Austin, positivisme sosiologikal Hart, teori penghakiman Dworkin serta teori tulen Kelsen. Turut diketengahkan adalah perbincangan berkenaan moral, realisme Amerika dan Scandinavia, mazhab sejarah dan sosiologi, falsafah feminisme, serta konsep keadilan. Dalam edisi kedua ini, penulis mengembangkan intipati perbincangan-perbincangan tersebut, serta menambah dua bab penting yang membincangkan secara komprehensif mengenai hak dan jurisprudens Islam. Penulis turut menyelitkan perbincangan kes-kes mahkamah sebagai contoh pemakaian teori-teori berkenaan yang relevan dalam sistem undang-undang negara kita.

Ditulis dalam bahasa kebangsaan, buku ini seharusnya mampu menjadi rujukan utama subjek jurisprudens, bukan sahaja bagi para pelajar dan pengamal undang-undang, tetapi juga segenap masyarakat Malaysia yang berminat mengenali falsafah undang-undang atau jurisprudens.

 

CONTACT US

To find out more about any of the available special offers, please either contact your account manager or contact us using the details below:

Thomson Reuters Asia Sdn. Bhd. (201801016202)

E-03-GF, Ground Floor, Block E, Garden Shoppe
One City, Jalan USJ 25/1A,
47650 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Send us an email

Interested in writing on the law? Click here.